Thursday, March 1, 2012

Kota Purba Yang Penuh Misteri ( 8 gambar )



Sungai Tuo, sungai ibunda di Kota Fenghuang





Rumah panggung, bangunan yang paling tipikal di Kota Fenghuang





Di tebing Sungai Tuo, kelihatan rumah panggung yang sudah bersejarah seratus tahun yang dulunya dibina sebuah demi sebuah





Selepas melintasi Jambatan Hong, imej Kota Fenghuang sebagai kampung air di selatan kelihatan terpapar di hadapan mata.





Sebuah menara purba kelihatan tersergam indah di tebing Sungai Tuo.








Kota purba Fenghuang syurga impian yang penuh misteri

Kota purba Fenghuang yang terletak di sebelah barat daya Provinsi Hunan, merupakan sebuah daripada 24 buah kota sejarah dan budaya yang terkenal di China. Kota ini pernah disebut oleh penulis yang tersohor dari New Zealand, iaitu Rewi Ally, sebagai kota yang paling indah di China.

Kota Fenghuang mendapat namanya daripada sebuah gunung yang terdapat di sebelah barat dayanya, dan bentuk gunung itu seperti seekor phonex yang sedang terbang.

Pemandangan di Kota Fenghuang indah permai. Terdapat banyak tapak peninggalan sejarah yang masih terpelihara dengan baik di kota ini, antaranya termasuklah menara purba yang tersergam indah, kuil kuno yang dibina pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, Gua Qiliang yang digelar "Istana Seni bawah Tanah", kota purba Huangsiqiao yang dibina pada zaman Dinasti Tang, dan dermaga yang digelar "Tembok Besar di selatan".

READ MORE- Kota Purba Yang Penuh Misteri ( 8 gambar )

Tuesday, February 28, 2012

Subhanallah! Masjid Tudunzi Di akhir Zaman Dinasti Qing











Masjid Tudunzi di bandar Fukang, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang dibina pada tahun 1894 Masihi. Jurubina yang diundang oleh penduduk Islam tempatan dari bandar Lanzhou, provinsi Gansu mengambil masa selama dua tahun untuk membina masjid yang begitu megah dan cantik.

Kawasan masjid itu luasnya 435 meter persegi dan bangunan-bangunannya seluas 235 meter persegi.

Masjid Tudunzi mempunyai ciri seni bina pada akhir zaman Dinasti Qing yang menggabungkan seni bina tradisional China dengan dunia Islam. Ini juga menunjukkan perpaduan bangsa di wilayah Xinjiang.

Pada tahun 1993, Masjid Tudunzi disenaraikan sebagai peninggalan sejarah bandar Fukang. Seterusnya, masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah zhou Autonomi Changji pada tahun 1994 dan peninggalan sejarah peringkat Wilayah Autonomi Xinjiang pada tahun 1995.

Pada tahun 2004, pihak berkuasa memperuntukkan RMB 500 ribu untuk membaik pulih masjid itu dan memohon masjid itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah peringkat negara.
READ MORE- Subhanallah! Masjid Tudunzi Di akhir Zaman Dinasti Qing

Monday, February 27, 2012

Majlis Penerangan Perdana BN Sabah Di Kota Marudu Dan Keningau

KENANGAN…Sapawi menerima kenangan daripada Ketua Umno Keningau Datuk Sairin Karno.
SOKONGAN PADU…Sebahagian ribuan ahli parti kompenan BN dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.
MESRA…Sapawi diiringi oleh Sapawi dan Ketua Umno Kota Marudu Datuk Wetrom Bhnda bersalaman dengan hadirin ketika merasmikan majlis Penerangan Perdana peringkat Zon 4 di Kota Marudu,
MANTAP…Musa bersama pimpinan Umno dan Kompenan BN melaungkan 1 Malaysia pada majlis tersebut.
FAKTA…Penceramah jemputan Ketua Umno Tawau Datuk Tawfiq Bin Datuk Abu Bakar Titingan yang membincangkan tajuk isu-isu semasa dalam konteks negeri Sabah.

KENINGAU: Segala dakyah dan fitnah yang dijadikan isu oleh pembangkang akan diperjelaskan kepada rakyat menerusi Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional (BN) negeri ini.

Ketua Biro Penerangan dan Publisiti BN Datuk Sapawi Ahmad berkata penjelasan secara terperinci akan dibuat bagi memastikan rakyat khususnya pada peringkat akar umbi mengetahui perkara yang sebenar.

“Kita mahu seluruh rakyat sama ada kakitangan awam, swasta ataupun yang bekerja sendiri selain orang politik tahu perkara yang sebenar…kita bukan menganjur untuk mencari `gah’ tetapi untuk memperjelaskan segala dakyah dan fitnah pembangkang,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Penerangan Perdana UMNO Zon Empat di sini kelmarin.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan ia merupakan program kedua selepas program pertama diadakan di Kota Marudu bagi UMNO Zon Satu yang melibat bahagian Tenom, Pensaingan dan Ranau.

Majlis Penerangan Perdana BN bagi UMNO Zon Satu dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman yang melibatkan bahagian Kudat, Kota belud dan Tuaran , kata Sapawi.

Menurutnya majlis itu melibatkan semua ahli-ahli politik daripada parti komponen “tetapi kami mengalu-alukan kehadiran kakitangan awam dan orang perseorangan…majlis ini adalah terbuka.”

Beliau berkata BN Sabah mahu agar rakyat tidak terpedaya dan tertipu oleh dakyah serta fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

“Kita mahu rakyat tahu apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN…kita mahu rakyat sedar dan tahu apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan BN,” katanya dan menambah kepentingan dan kebajikan rakyat tidak pernah diabaikan oleh Kerajaan BN.

Beliau juga berkata selain untuk memperjelaskan segala isu yang dihebohkan oleh pembangkang, majlis itu juga adalah untuk membuka ruang kepada rakyat bagi mengemukakan segala permasalahan atau kekeliruan yang ada.

“Kita tidak mahu rakyat diperbodohkan atau dipergunakan…kita tidak mahu mereka terus ditipu,” katanya lagi.

Mengenai soalan lain, Sapawi berkata majlis itu juga adalah untuk mempermantapkan lagi jentera pilihan raya BN pada semua peringkat.

Katanya dengan adanya penjelasan dan penerangan yang sebenar, ahli parti pada semua peringkat dapat memberikan fakta sebenar kepada rakyat.

“Ini membantu mempermantapkan persiapan jentera BN bagi menghadapi pilihan raya ke-13 nanti,” katanya.

Majlis Penerangan Perdana BN dianjurkan oleh Exco Penerangan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri di mana penganjurannya akan melibatkan enam zon dan melibatkan penyertaan daripada semua ahli parti komponen, orang perseorangan, kakitangan jabatan dan swasta serta ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

READ MORE- Majlis Penerangan Perdana BN Sabah Di Kota Marudu Dan Keningau